Myspace Layouts
MySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace LayoutsMySpace Layouts

Wednesday 10 February 2010

KEISTEMEWAAN WANITA

1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut.jawab baginda :"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia- sia.
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak - anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di dalam syurga.
5. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
6. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
7. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.